Dijemput Tuan puan untuk hadir turut serta dalam Taklimat & pengedaran sebutharga kepada para kontraktor yang berminat sempena Festival Ramadan 2016 yang akan berlangsung di 3 buah bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.
Berikut merupakan senarai perancangan Festival Ramadan pada tahun ini :
Pra-Ramadan – 27 Mei 2016- 5 Jun 2016
Festival Ramadan – 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016
Antara skop kerja yang akan dibincangkan adalah :
- Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara Dataran Barat SACC Mall
- Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dekorasi dan pentas SACC Mall
- Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara Tempat Letak Kereta Terbuka SACC Mall
- Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dan kelengkapan Shell Scheme Booth dan Banglo booth KPSA
- Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dan kelengkapan dekorasi dan pentas KPSA
- Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara dan penyediaan dekorasi KPB
- Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan dan penyediaan Sistem Audio Bunyi KPB
- Sebutharga bagi kerja-kerja pengiklanan dan promosi bagi lima bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Menara Petaling Jaya dan Wisma Yakin.
- Sebutharga bagi kerja-kerja aktiviti dan promosi bagi tiga bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.
- Sebutharga bagi kerja-kerja membekal dan penyediaan Bubur Lambuk bagi Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan kompleks PKNS Bangi
Taklimat bagi kesemua sebutharga, Pengedaran Sebutharga & Lawatan Tapak – 27hb Januari 2016 @ 3.00pm (SACC Mall, Aras 2, bersebelahan PKNSRE HQ)
Taklimat & Lawatan tapak bagi Kompleks PKNS Bangi SAHAJA – 28 Januari 2016 @ 10.00am (Pejabat Pengurusan PKNS Real Estate Sdn Bhd cawangan Bangi)
Pihak kontraktor digalakkan untuk sebarkan notis seperti yang dilampirkan kepada rakan-rakan yang berminat.
Perlu dingatkan, Pihak kontraktor yang tidak hadir bagi tujuan lawatan & pengedaran sebutharga, tidak layak untuk memohon bagi mengisi tender ini.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di 03-5520 4567
Sekian Terima Kasih