Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 13 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Real Estate rai sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar dan rakan seperniagaan.
Pengurus Besar PKNS Real Estate, Fakry Radzi Ab. Ghani, berkata seramai 20 orang yang dibawa badan Amal Al Jauhar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
“Mereka juga turut menerima sumbangan duit raya sebanyak RM20 seorang untuk menggembirakan hati mereka menyambut hari raya.
“Selain itu, rumah terbuka ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara staf PKNS Real Estate,” katanya kepada Selangor Kini.
Turut hadir memeriahkan majlis, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, Amirudin Shaari dan YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Fakry Radzi berkata, lebih seribu tetamu hadir dari pelbagai anak syarikat ke rumah terbuka PKNS Real Estate di Laman Kayangan Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam.
“Kami membawa pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti persembahan silat dan kompang.
“Disamping itu, persembahan muzik secara langsung dari kumpulan Gr8 Busker bagi menghiburkan lagi tetamu hadir,” katanya.
Sumber : http://bm.selangorku.com/79095/pkns-real-estate-anak-yatim-ibu-tunggal/