Tentang Program
Terbuka kepada pelajar UNISEL, MSU dan UNITAR.
Untuk mendaftar: https://www.surveymonkey.com/r/P5M57DV
Tarikh Tutup: 29 $ Jun 2018.
PREC APPRENTICESHIP adalah sebuah Pertandingan Pemasaran Digital yang dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC) dengan kerjasama :
– Akademi PKNS
– SACC Mall Shah Alam
– Kompleks PKNS Shah Alam
Para peserta yang menyertai Pertandingan ini akan menjadi perunding pemasaran digital kepada peniaga di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam selama dua bulan bermula 25 Jun – 25 Ogos 2018.
Antara ciri-ciri yang perlu dipenuhi oleh peserta program ini ialah:
1) Menjalankan aktiviti pemasaran melalui pembikinan kandungan (content) yang menarik seperti gambar, video dan sebagainya.
2) Menaikkan ‘followers’ di FB, IG, Twitter dan platform lain
3) Menyenaraikan produk peniaga di e-commerce seperti Lazada, Murah, Shoppe, Lelong atau Carousel atau medium lain.
4) Merangka strategi untuk memasarkan produk peniaga secara online
5) Mengadakan “social media contest” sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh pertandingan
6) Menganjurkan kajian kepuasan pelanggan bagi tujuan mengenalpasti saluran promosi yang berkesan dan mengumpul data pelanggan bermula dari minggu pertama pertandingan
Cara Pelaksanaan Pertandingan
Peserta akan berjumpa dengan peniaga sekurang-kurangnya SEKALI seminggu untuk memberi khidmat rundingan pemasaran digital
Peserta akan dipantau oleh Akademi PKNS melalui ‘whatsapp’ dan juga perjumpaan mingguan untuk mengemaskini aktiviti yang dijalankan peserta
Apakah manfaat kepada peserta?
Mempelajari ilmu perniagaan dan pekerjaan yang sebenar
Memberi peluang untuk para pelajar menonjolkan bakat di dalam pemasaran digital
Para pelajar dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan yang diperolehi semasa kelas ke dunia sebenar
Membuka peluang kepada para pelajar untuk menjadi tenaga kerja PREC
Yuran penyertaan
TIADA sebarang yuran akan dikenakan kepada peserta.
Penyertaan adalah PERCUMA
Hadiah yang ditawarkan!
ANUGERAH ‘APPRENTICE’ TERBAIK
Tempat Pertama : RM 3,000
Tempat Kedua : RM 2,000
Tempat Ketiga : RM 1,000
JUALAN TERTINGGI : RM 2,000
VIDEO PEMASARAN TERBAIK: RM 1,000
STRATEGI BISNES TERBAIK: RM 1,000
*Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dari PKNS Real Estate PREC