Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 22 OGOS: Festival Buku dan Kanak-Kanak (FESBUK) perlu dimanfaatkan para ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana pada peredaran zaman masyarakat semakin leka dengan penggunaan gadget.
Pengurus Ezra Sanders Education Sdn Bhd, L. Raja, berkata mendidik anak pada zaman milenium tidak sama dengan mendidik anak pada dulu.
“Peluang di FESBUK ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak menjadi insan yang positif.
“Di sini ibu bapa dapat mencari ilmu melalui pembacaan buku, mendengar program yang dijalankan, menghadiri bedah buku, mendapatkan nasihat dari pakar motivasi dan banyak lagi,” katanya di FESBUK anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Real Estate bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang berlansgung hingga esok.
Sementara itu, pelajar Sekolah Ash Shura,Nur Shafiqah Aisyah Shafiq, 14, berkata selain jualan buku di FESBUK itu juga dapat memperkenalkan sekolahnya ‘Ash Shura Institute of Quran Sciences’ yang baru dibuka lima tahun lalu tapi tidak diperkenalkan dengan luas.
“Pendidikan Islam juga penting untuk ibu bapa terapkan dalam mendidik anak-anak sewal usia. Selain itu, pengajian bahasa Arab dan Al Quran juga ada di tawarkan untuk orang dewasa.
“Disamping itu, saya juga merasakan keseronokan berniaga dan ingin terus berusaha belajar lebih mendalam untuk usahawan yang berjaya satu hari nanti,” katanya.
Penyelia Dakwah Bookstore, Nur Sabihah Md Azli, 24, berkata dapat dilihat perlbagai program yang dijalankan FESBUK sangat bermanfaat terutama kepada anak taska.
“Seperti aktiviti dan persembahan anak-anak Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) mendidik mereka lebih berkeyakinan membuat persembahan di atas pentas berhadapan dengan ramai penonton tanpa rasa malu dan takut
“Diharap PKNS Real Estate dapat terus menjalankan program seperti ini ke tahun-tahun akan datang,” katanya.
EZY
summber : http://m.selangorku.com/?post=79662